Wednesday, October 1, 2014

Friday, August 12, 2011

Melecur/Luka Lecur


Pengenalan

Melecur atau Luka Lecur adalah kecederaan kepada kulit/tisu badan akibat daripada pendedahan kepada:

• Haba seperti api, cecair panas atau wap/stim
• Bahan-bahan kimia tertentu
• Arus elektrik dari sumber elektrik atau panahan petir
• Sinaran

Melecur yang akibat daripada haba dan bahan kimia berlaku apabila terdapatnya sentuhan kepada permukaan badan dan seringkali ditunjukkan pada kulit luar ataupun pada permukaan atas kulit.

Kecederaan melecur akibat elektrik atau panahan petir adalah apabila arus elektrik mengalir melalui badan dan merosakkan tisu badan.

Apakah gejala dan tanda melecur?

Tanda dan gejala melecur bergantung kepada jenis, tahap dan paras kecederaannya. Antara yang seringkali berlaku adalah:

• Sakit
• Kemerahan pada kulit atau bahagian anggota yang terlibat
• Repuh/bengkak mengandungi bendalir
• Kerosakan tisu badan

Bagaimana menentukan tahap keterukan melecur?

Tahap keterukan akibat lecur dinilai berdasarkan nisbah/peratusan permukaan tubuh yang terlibat. Semakin besar peratusan permukaan tubuh yang terlibat, semakin tinggilah tahap keterukannya.

Apakah komplikasi luka lecur?

Kebanyakan lecur ringan melibatkan permukaan atas kulit sahaja dan tidaklah menyebabkan komplikasi atau kesan yang teruk.

Bagi tahap melecur yang teruk pula, antara komplikasi awalnya adalah:

• Kehilangan cecair badan
• Renjatan
• Gangguan pernafasan
• Jangkitan pada kulit.

Komplikasi lewat akibat memecur yang teruk adalah berparut dan kecacatan kekal.

Bagaimana pesakit melecur dirawat?

Melecur Ringan

• Lakukan:

o Sejukkan dan cuci kawasan terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan dan juga mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
o Bawa pesakit ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan lanjut.
o Berikan ubat tahan sakit/analgesik.
o Sapu krim antibiotik (bagi mengelakkan jangkitan awal).
o Kekalkan kebersihan pada bahagian yang terlibat bagi mengelakkan jangkitan serta mempercepatkan penyembuhan.

• Elakkan:

o Menutup kawasan melecur dengan kain yang kotor.
o Menyapu krim pada bahagian yang melecur tanpa merujuk kepada doktor ataupun petugas kesihatan bertauliah lain.

Lecur Teruk
• Luka lecur teruk memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
• Hantar mangsa ke hospital secepat mungkin.

Semakan Akhir : 28 April 2008

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Melecur.pdf




Sumber Gambar : http://trialx.com/curetalk/2011/03/clinical-trials-annew-treatments-for-the-burn/

Sunday, May 29, 2011

Tanam Cili

PANDUAN MENANAM CILI

PENYEDIAAN TANAH:
Di Ladang
- Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci).
- Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.
- Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
- Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).
- Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.

Dalam Pasu atau Bekas
- Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau
kompos dan 1 bahagian pasir.
- Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.
Nota: Digalakkan menggunakan baja organik bukan berasaskan najis haiwan untuk penanaman cili.

MENYEDIA ANAK BENIH
Tanaman di ladang:
- Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm(4
inci) tinggi.
- Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
- Semai 5g biji benih dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis
tanah.
- Jarak tanaman ialah 5 cm (2 inci) antar baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.
- Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
- Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
- Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai.
Sebelum diubah ke ladang:
- Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

PENANAMAN
Di Ladang:
- Anak benih boleh terus diubah ke batas.
- Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang di gali.
- Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
- Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm (60 inci) antara baris.
Dalam Pasu atau Bekas:
- Semai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm.
- Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu selepas 2 minggu ditanam.

PENJAGAAN
Menyiram
- Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.
Membaja:
DiLadang
- Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap 2 minggu.
Dalam Pasu atau Bekas:
- Tabur sebanyak 1 sudu the atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di kelliling
pokok setiap minggu.

SUNGKUPAN
Di Ladang:
- Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
- Selalunya sungkupan plastik di gunakan di ladang.
Dalam Pasu atau Bekas:
- Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

MERUMPUT
Bersihkan batas atau pasu daripada rumpai dengan mencabut, menggunakan cangkul atau tajak.

KAWALAN SERANGGA DAN PENTAKIT
Bintik Daun – Sembur racum kulat Benomyl
Antraknos Buah – Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu Daun – Sembur racun serangga chlorphyrifos atau Imidachloprid
Hamama Merah – Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot Daun dan Mozek Daun:
a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh itu kawalan kutu daun adalah penting.
b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit
Layu Pokok (Layu Bakteria) – Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.
Tentukan saliran tanah yang baik.

PENUAIAN:
Di Ladang:
- Cili boleh dipetik selepas 8 minggu dubah ke ladang.
- Pungutan dibuat setiap 3 atau 4 hari.
- Anggaran hasil dari kawasan 50 m (500 kaki) persegi ialah 100 – 200 kg.
a) Cili Hijau – Anggaran harga antara RM4 – RM6 sekilo
b) Cili Merah – Anggaran harga antar RM5 – RM8 sekilo.
Dalam Pasu atau Bekas:
- Cili boleh di petik selepas 12 minggu ditanam.
- Anggaran hasil ialah 6 hingga 10kg sepokok.

Monday, May 9, 2011